Wednesday 15 January 2014

AL MANNA & TAYEBAT DI SINGAPURA.

AL MANNA & TAYEBAT  DI SINGAPURA.

Di Singapura, Gum Arabic diedarkan oleh Organi Health Pte Ltd.
Jenama Al Manna & Tayebat adalah gum arabic daripada pokok Acacia senegal & Acacia seyal.




Al Manna & Tayebat adalah makanan yang kita perlu ambil setiap hari untuk mendapatkan prebiotic yang diperlukan setiap hari untuk kesihatan kita. Al Manna & Tayebat mengandungi sehingga 87% prebiotic, 20 asid amino yang diperlukan badan serta zat galian penting seperti Kalsium & Magnesium untuk kekuatan tulang. Kandungan Kalsium didalam Al Manna & Tayebat adalah jauh lebih tinggi daripada yang terdapat didalam susu atau supplement Kalsium yang ada.

Kebaikkan Al Manna & Tayebat:
  • Mengawal kadar gula dalam darah dengan berkesan.
  • Mengawal kadar Kolesterol dengan baik.
  • Mengawal tekanan darah tinggi.
  • Menguatkan sistem imunisasi manusia.
  • Menyokong pembiakkan Bakteria baik dalam usus seperti Lactobacteria & Bifidobacteria.
  • Mengurangkan risiko serta membantu mencegah barah usus.
  • Membari tenaga mutlak supaya tidak mudah rasa letih dan ngantuk.
  • Memperbaiki keadaan pesakit buah pinggang dan membantu pembuangan air kecil dengan mudah untuk pesakit ginjal.
  • Menyokong badan manusia untuk memperbaiki keadaannya sendiri dangan semulajadi.
  • Menyokong tenaga batin Lelaki.
  • Membantu mengawal penyakit barah.  
Haruslah difahami bahawa Al Manna & Tayebat bukanlah "Ubat Ajaib" atau "Miracle Drug" yang dapat membantu memulihkan banyak penyakit.

Al Manna & Tayebat adalah makanan semulajadi yang memberi badan manusia nutrient-nutrient asas dan bermutu tinggi yang alami supaya badan manusia dapat memperbaiki keadaanya sendiri secara semulajadi. 

Nutrient seperti prebiotic baru-baru ini telah terbukti amat diperlukan badan untuk berbagai fungsi. Antaranya adalah mengimbang kandungan bakteria baik dalam usus besar. Aktiviti bakteria baik seperti Lactobacillus & bifidobacteria amat penting untuk memantapkan sistem imunisasi manusia. Sistem imunisasi manusia adalah perisai pertama dan utama untuk kesihatan kita. 

Prebiotic juga terbukti berkesan menurunkan kadar gula & kolesterol dalam darah manusia. Dengan terkawalnya kedua-dua gula & kolesterol, badan boleh berfungsi dengan tahap optima. 

Al Manna & Tayebat juga mengandungi asid amino 'hydroxyproline' yang tinggi, iaitu sejenis asid amino yang sangat diperlukan badan manusia untuk membaiki kerosakkan dalaman.

Sila lihat pengakuan pengguna-pengguna Al Manna & Tayebat di link di bawah ini:




Untuk keterangan lanjut di Singapura sila hubungi  6883 9585.






Sunday 12 January 2014

Diet Pencegah & Pengobat Penyakit

Makanlah Prebiotik setiap hari untuk mengawal penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi, penyakit buah pinggang dan lain-lain penyakit lagi.  Tidak percaya?  Izinkan saya terangkan.

Sejak lebih 15 tahun dahulu, banyak kajian telah dilakukan di seluruh dunia untuk mengkaji manfaat mengambil prebiotik setiap hari.  Salah seorang penyelidik yang giat dalam penyelidikan ini ialah Professor Florian Lang  dari Fakulti Fisiologi Universiti Tubingen di German.  Kumpulan penyelidikan beliau telah membuktikan bahawa prebiotik dari Gum Arabic dapat menurunkan paras gula dalam darah.  Bukan itu sahaja, malahan Gum Arabic juga didapati berkesan dalam mengawal kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi serta menguatkan lagi sistem imun manusia.

Saya telah bertemu dengan Professor Lang lebih 2 tahun dahulu di Simposium Gum Arabic Sedunia di Kuala Lumpur.  Beliau menerangkan bahawa kajian-kajian yang dibuat kumpulan penyelidikan beliau begitu pasti akan keberkesanan Gum Arabic dalam mengawal dan memulihkan penyakit-penyakit kronik jika Gum Arabic itu dijadikan makanan harian.

Seorang lagi doktor perubatan, Dr Mohamad Sallehin, telah menceritakan kepada saya tentang pengalaman-pengalaman beliau dan rakan-rakan sekerjanya akan keberkesanan Gum Arabic dalam merawat penyakit-penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang dan kanser.  Mereka sangat kagum dengan manfaat Gum Arabic ini.


Dr. Abdul Jamil Abdullah pula, seorang pakar dan Konsultan Pembedahan di Malaysia , juga kagum dengan keberkesanan Gum Arabic  yang dapat mengawal keadaan beberapa pesakit kronik yang beliau rawati.


Gum Arabic keluar dari dahan setelah kulit dahan di kopek.


Apakah Gum Arabic?  Gum Arabic diklasifikasikan sebagai makanan dan mempunyai kode E414 sebagai penstabil makanan.  Gum Arabic ialah cecair atau getah yang keluar daripada pokok Acacia senegal dan Acacia seyal yang terdapat di beberapa Negara Afrika seperti Sudan. Gum Arabic kaya dengan mineral, asid amino dan prebiotik.  Prebiotik penting untuk menampung pembiakan bakteria-bakteria baik dalam usus besar kita. Banyak kajian telah menunjukkan manfaat bakteria-bakteria seperti Bifidobakteria dan Lactobakteria dalam kesihatan manusia.  Kajian juga menunjukkan bahawa mengambil Prebiotik dan Gum Arabic akan memberikan manfaat yang lebih daripada mengambil Probiotik (bakteria baik) sahaja kerana Gum Arabic mengandungi lebih prebiotik dan mineral serta kaya dengan anti oxida yang penting untuk kesihatan.
Gum Arabic yang sudah di petik dari dahan pokok Acacia senegal & Acacia seyal.

Kajian juga menunjukkan Gum Arabic dapat membuat usus besar berfungsi dengan baik lagi.  Para saintis juga berpendapat bahawa fungsi-fungsi baru usus besar dan kandungan bakteria yang baru dikenalpasti mestilah dikaji lebih mendalam.


Oleh itu, kita harus mengenalpasti dan memahami jenis makanan yang baik dan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan kita.  Sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja belum tentu mencukupi untuk dijadikan diet seharian kita.  Prebiotik yang terkandung di dalam Gum Arabic semakin menunjukkan kepentingannya dalam kesihatan seharian manusia.

Osman Ali

Osman@organichealth.com.sg

Gum Arabic



GUM ARABIC 
Makanan Alami untuk Kesihatan.



Gum Arabic adalah getah yang dirperolehi dari batang pohon Acacia senegal dan Acacia seyal. Pengeluar utama Gum Arabic  ialah Sudan yang membekalkan 80% dari bekalan dunia dan yang bermutu tinggi.

Gum Arabic adalah sumber prebiotik semulajadi yang dapat memelihara usus dan meningkatkan imun tubuh manusia. Gum Arabic juga kaya dengan mineral dan acid amino penting untuk badan manusia. Gum Arabic membekalkan nutrient-nutrient yang sangat diperlukan badan manusia supaya ia boleh memperbaiki keadaannya sendiri secara semulajadi.

Prebiotic ialah bahan serat yang larut air (soluble fiber) yang tidak boleh di hadam. Prebiotic amat diperlukan bakteria-bakteria baik seperti Bifidobacteria dan Lactobacteria didalam usus besar manusia untuk pembiakkan dan untuk berfungsi dengan baik. Hubungan Probiotic (bakteria) dengan kesihatan manusia sangatlah penting. Manusia amat memerlukan hubungan ini untuk hidup sihat serta berfungsi dengan baik. Antara kebaikkan Prebiotic yang sudah dikaji;

  • Menaikkan tahap sistem imun manusia.
  • Mengawal kadar gula dalam darah dengan baik.
  • Menurunkan kadar Kolesterol.
  • Mengawal tekanan darah tinggi.
  • Menguatkan tulang & mengurangkan risiko Osteoporosis (tulang reput)
  • Menaikkan tahap penyerapan Kalsium & Magnesium.
  • Memulihkan keadaan usus bengkak (Inflammatory Bowel Disease).
  • Mengurangkan risiko barah usus.
  • Mengurangkan risiko keracunan usus oleh aktiviti bakteria-bakteria 'jahat' yang menyebabkan cirit-birit.
Gum Arabic juga mengandungi asid amino penting iaitu hydroxyproline yang diperlukan badan untuk proses pemulihan semulajadi dalam badan.
 
Amatlah penting bagi kita mengamalkan pengambilan Prebiotic setiap hari untuk kesihatan kita.

Al Manna Prebiotic Centre Singapore


Al Manna Prebiotic Centre Singapore was set up with the aim to share the goodness of prebiotic and gum arabic. With the sole purpose to create a platform for exchanging of valuable information with the general public of Singapore in the area of healthcare. We have panels of practitioners who would be answering queries related to the topic of chronic illness and healthcare.


We seek to bridge the gap between the public and the medical practitioners in this industry. Through this one channel, we welcome anyone who have or know of anyone suffering from a chronic illness to partake in the discussion.